Selamat datang ke Sarangku!

Kami adalah peniaga sarang burung Walit dari Sabah yang mempunyai pengalaman dengan perternakan dan penjagaan burung Walit. Kami menuai sarang burung Walit dari tahun 90an, dan adalah pakar dalam menguji kualiti sarang burung untuk mendapatkan sarang burung yang berkualiti tinggi untuk dinikmati bersama-sama. Misi kami adalah untuk menjadi pembekal sarang burung berkualiti. 

Untuk menjamin kualiti tertinggi, setiap sarang Walit dipetik secara beretika dari rumah burung kami di Sabah. Selepas itu, sarangnya dibersihkan dengan teliti oleh profesional terlatih kami tanpa menggunakan sebarang kandungan peluntur, pewarna, pengawet, aditif atau bahan kimia, memberikan anda ketenangan fikiran yang sepatutnya.