Frequently Asked Questions
1) Apakah sarang burung Walit? Adakah ia selamat untuk dimakan?
Sarang burung Walit adalah sejenis sarang burung yang boleh dimakan, atau lebih dikenali sebagai Edible Bird’s Nest (EBN) dalam Bahasa Inggeris. Ia merupakan makanan eksotik dan popular sejak dahulu lagi, khususnya dalam kalangan masyarakat cina kaum Tionghua di Malaysia.
Di Malaysia, EBN daripada burung walit ini sudah mula dituai sejak tahun 1878 di Gua Niah, Sarawak. EBN diperolehi daripada pelbagai spesis burung walit dan dihasilkan melalui air liur burung-burung ini yang telah mengeras.
Sarang burung yang telah mengeras ini kemudiannya dituai untuk kegunaan ramai. Ia dianggap sebagai hidangan eksotik yang bernilai bagi masyarakat Cina disebabkan jarang ditemui dan nilai nutrisinya yang berkhasiat kerana ekstrak sarang burung mengandungi banyak mineral baik untuk kesehatan tubuh. Sarang burung Walit adalah semula jadi dan selamat untuk dimakan.
2) Apakah kegunaan sarang burung Walit?
Sarang burung Walit ini adalah sejenis sarang istimewa yang boleh dimakan dan mempunyai banyak khasiat. Antara khasiat yang diperolehi ialah:-
- Meningkatkan produksi kolagen untuk kecantikan.
- Kaya dengan protein.
- Rendah kandungan karbohidrat.
- Kandungan lemak yang rendah.
- Berupaya merangsang sistem imunisasi badan.
- Menghilangkan masalah gastrik, asma dan batuk.
- Meningkatkan tenaga dan metabolisma badan.
Satu daripada empat kandungan karbohidrat utama terdapat dalam sarang burung walit ialah Asid Sialik, iaitu terdapat dalam susu badan manusia dalam kepekatan yang tinggi dan merangsang penghasilan susu badan ibu.
3) Dimanakah sarang burung Walit diperolehi?
Gua Gumantong di Kinabatangan adalah gua terbesar penternakan burung layang-layang secara semula jadi untuk menghasilkan sarang burung di negeri ini.
Pegawai Jabatan Hidupan Liar Sandakan, Hussein Muin, berkata di negeri ini ada 27 sistem gua untuk penternakan burung layang-layang secara semula jadi dengan dua lagi gua terbesar adalah gua Madai di Kunak dan Batu Timbang di Kuamut.
4) Cara mengguna sarang burung Walit:
Sarang burung Walit haruslah dimasak untuk menikmatinya. Sebelum dimasak, sarang burung walit harus dibersihkan terlebih dahulu untuk menghasilkan olahan sarang burung walet yang lezat. Ini dilakukan untuk menghilangkan sisa-sisa bulu yang masih tertinggal di dalamnya. Langkah awal adalah dengan memasukan sarang tersebut ke dalam mangkuk.
Selanjutnya, tuang air bersih ke dalam mangkuk hingga merendam seluruh permukaan sarang burung walit yang ada. Cara ini dilakukan agar sarang burung walit dapat menyerap air tersebut. Untuk memastikannya benar-benar bersih, air yang digunakan untuk merendam walit boleh diganti satu hingga dua kali, kemudian lakukan proses ini secara berulang sebanyak 3-4 kali. Setelah direndam air, tunggu 4-5 jam agar bentuk sarang semakin melebar dan teksturnya berubah menjadi lebih lembut.
CARA MEMASAK SARANG BURUNG WALET YANG TEPAT
Cara memasak sarang burung walit yang tepat diperlukan untuk memperoleh sarang burung walit yang lezat. Disarankan untuk tidak memasaknya secara tradisional dengan membakarnya di atas api secara langsung. Hal tersebut akan membuat khasiat sarang burung walit menurun jika dipanaskan lebih dari 80 celcius.
Pada umumnya, sarang burung walit akan diletakan di dalam mangkuk sebelum diletakan di dalam panci berisi air. Teknik ini disebut sebagai "double boiling". Selain dengan merebus, cara memasak sarang burung walit juga dapat dilakukan dengan method pengukusan (steam). Untuk aneka kreasi lainnya, boleh ditambahkan sesuai selera. Namun, pastikan bahawa resepi sarang burung walit yang digunakan sesuai dan tidak menghilangkan manfaat dari sarang walit.
Sarang burung walit bisa disajikan sebagai sup atau hidangan lain sesuai dengan selera anda.

Bahan-bahan pembuatan sup burung walit, diantaranya:
- Sarang burung walet sebagai bahan utama
- Air bersih satu mangkuk
- Gula batu atau madu mentah organik
Sebagai tambahan, memasukan kurma merah, ginseng korea, dan lengkeng kering. Setelah bahan-bahan terkumpul, langkah selanjutnya adalah memasak sup sarang burung walit.
Langkah pertama, yakin menaruh sarang burung walit ke dalam mangkuk. Selanjutnya, tuang air ke dalam mangkuk yang telah terisi hingga penuh. Boleh juga menambahkan bahan tambahan lain seperti kurma merah atau ginseng korea
Nyalakan api dan tunggu agar air di dalam panci mendidih selama kurang lebih 15 minit. Setelah mendidih, campurkan gula batu ke dalam sup. Menikmati sup sarang walit selagi masih hangat adalah dapat membuat tubuh kembali bugar.
Powered by Froala Editor